Sultan Kelantan Perkenan Isytiharkan Sultanah Kelantan

Sultan Kelantan Perkenan Isytiharkan Sultanah Kelantan | Pastinya rakyat Kelantan Darul Naim cukup gembira bila Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V


Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa  Selasa, 04 haribulan Muharram 1444H bersamaan dengan 02 Ogos 2022.


Sultan Kelantan Perkenan Isytiharkan Sultanah Kelantan


Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).


Katanya, Sultan dan Yang dipertuan bagi negeri Kelantan sudah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.


Sultan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ke hadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.


Baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan.


sumber : Bernama

Catat Ulasan

0 Ulasan