Filem Gadis Jolobu The Movie

Filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie akan menemui penontong di pawagam GSC pada 4 Ogos, arahan CL Hor diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.

 



Filem Gadis Jolobu The Movie ini juga akan ditayangkan di platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.

 

Gadis Jolobu The Movie

Genre: Komedi Romantik

Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022

Penulis Skrip: Bobo Ikmal & CL Hor

Pengarah: CL Hor

Produksi: Tremendous Entertainment & Zebra Studio Sdn Bhd


Watak Pelakon

Datuk Hattan sebagai Atan

Joey Daud sebagai Ajoi

Khir Rahman sebagai Acong

Ahirine sebagai Jijah


Sinopsis Gadis Jolobu The Movie

Memaparkan kisah komedi tentang 3 bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil, dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka. 


Sumpahan “Lambat Sunat, Lambatlah kahwin” sering bermain difikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan. 


Filem ini turut mengetengahkan beberapa elemen “adat pepatih” dan keunikan budaya Minangkabau masyarakat setempat di Negeri Sembilan.




Catat Ulasan

0 Ulasan