Filem Abang Long Fadil 3

Filem Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbarunya, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September depan. Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.




Filem Abang Long Fadil 3 menggandingkan Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj. 


Abang Long Fadil 3

Genre: Komedi Aksi

Tarikh Tayangan: 8 September 2022

Idea Asal: Syafiq Yusof

Pengarah: Syafiq Yusof

Produksi: Skop Productions & Astro Shaw

Pelakon: Zizan Razak, Jozan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Siraj


Lagu OST: ‘Payung’ - Zizan Razak & Elizabeth Tan


Sinopsis Abang Long Fadil 3

Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Catat Ulasan

0 Ulasan