Sinopsis Drama Special Force Anarchy

Sinopsis Drama Special Force Anarchy | Siri original pertama Malaysia “Special Force: Anarchy” diinspirasikan oleh filem aksi popular 2018 Malaysia, 'KL Special Force', akan ditayangkan di Disney+ Hotstar. Drama siri aksi terbaharu ini diterbitkan oleh Skop Production, di bawah arahan Syafiq Yusof dan dibintangi oleh barisan artis tersohor, Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir dan Yusuf Bahrin.




Special Force Anarchy

Episod: 8

Tarikh Tayangan: 2022

Rangkaian: Disney+ Hotstar

Skrip: June Tan & Nazri Vovinski

Pengarah: Syafiq Yusof

Produksi: Skop Productions Sdn Bhd

Pelakon: Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Yusuf Bahrin, Steve Yap, Dynas Mokhtar, Theebaan G, Fify Azmi, Chacha Maembong, Elizabeth Tan, Johan As’ari, Daniella Sya


Sinopsis Special Force Anarchy

Mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara.


Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!


Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).


Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).


Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.

Catat Ulasan

0 Ulasan