Filem Don Dukun

Filem komedi seram terbitan Astro Shaw, Don Dukun bakal menemui penonton tahun hadapan di pawagam seluruh tanah air. Drama arahan Waan Hafiz dan skrip oleh Junad M.Noor bersama Amin Shakib membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Ropie, Dato Yusof Haslam, Sharifah Aryana dan ramai lagi.




Don Dukun

Tarikh Tayangan: 2023 

Penulis Skrip: Junad M.Noor & Amin Shakib

Pengarah: Waan Hafiz

Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd

Pelakon: Zul Ariffin, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Ropie, Dato Yusof Haslam, Sharifah Aryana, Sharifah Husna, Serra Kamal, Aloy Paradoks, A Galak, Puteri Qaseh, Cassia Iman


Sinopsis Don Dukun

Mengisahkan tentang Don Arif yang merupakan bomoh luar biasa dan berasal daripada keturunan bomoh terkenal.


Sebagai 'influencer' media sosial, dia sering memikirkan cara baru untuk meraih populariti. Dengan bantuan Jaafar, penolong kanannya, mereka berjaya ‘menyembuhkan’ seorang wanita yang dirasuk semasa Konvensyen Bomoh sedang berlaku.


Upacara itu kemudiannya menjadi viral dan sejak peristiwa itu Don Arif semakin terkenal. Maka bermulalah perjalanan baru kehidupannya dengan mendapat permintaan tinggi untuk menggunakan khidmatnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan