Konsert Minggu Pertama Gegar Vaganza 2021

Jangan lupa saksikan konsert minggu pertama Gegar Vaganza 2021 yang akan bermula 21 November dengan barisan penyanyi yang akan menyanyikan lagu sendiri dengan kehebatan sendiri.


 Konsert Minggu Pertama Gegar Vaganza 2021

Tarikh : 21 November 2021

Tema : Peserta Bawakan Lagu Sendiri


Senarai Lagu Konsert Pertama Gegar Vaganza 8

  1. Adibah Noor - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
  2. Aliff Aziz - Sayang-Sayang (Aliff Aziz)
  3. Ani Mayuni - Sedap (Ani Mayuni)
  4. Aweera - Romancinta (Mojo)
  5. Azan Scan - Kau Dipaksa Aku Terpaksa (Scan)
  6. Bandi Amuk - Akar dan Bumi (Amuk)
  7. Fazley Yaakob - Asmara Ini (Fazley Yaakob)
  8. Nico G - Inilah Nasibku (Nico G)
  9. Nikki - Caramu (Nikki & Zahid Baharuddin)
  10. Saiful Apek & Yassin - Aspalela (Saiful Apek)
  11. Suki Low - Terlalu Mencintaimu (Suki Low)
  12. Shidee - Semuanya Sudah Terlambat (Shidee)
  13. Upiak Isil - Tak Tun Tuang (Upiak Isil)


Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih diberi kepercayaan oleh pihak Astro bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Gegar Vaganza buat kali kelapan berturut-turut. Juri Tetap Gegar Vaganza 2021 masih lagi Datuk Ramli MS (Tok Ram) dan Datuk Syafinaz Selamat serta penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Format Pemarkahan Dikekalkan GV8 turut mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti tahun lalu iaitu 100 peratus juri dari profesional. 


Konsert GV8 bersiaran selama 10 minggu bermula 21 November 2021 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada Ahad, 9 malam.


Catat Ulasan

0 Ulasan