Breaking News

Idris Brown Pemenang Pertama All Together Now Malaysia

Idris Brown Pemenang All Together Now Malaysia Pertama | Tahniah, pemenang konsert All Together Now Malaysia minggu ke sembilan, Idris Brown berjaya menjadi pemenang All Together Now Malaysia musim pertama malam tadi menambat 50 juri dengan 100 markah penuh dan para penonton dirumah.

kredit : gempak.xom

Beliau mendapat 100 markah apabila menyanyikan lagu Bella Ciao dan kemudian bersaing dengan pasangan duo yang mendapat 90 markah pada pusingan.

Sejujurnya saya tak jangka apa-apa, tapi setiap kali saya buat persembahan saya niat untuk puaskan hati semua yang menonton. Saya seorang busker sebelum ini, jadi bila saya menyanyi, saya tak harapkan apa-apa, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya, saya tak pernah alami detik sebegini, apa lagi bergelar juara

Terdahulu pada minggu kesembilan, Idris menambat hati juri dengan lagu O Sole Mio yang pernah dinyanyikan oleh Luciano Pavarotti.

Kemenangan yang melayakkan beliau membawa pulang wang RM50,000.00 beserta 


Senarai finalis 

Pusingan Pertama

Saiful Anwar - 38 markah

Eryn Gani - 24

Black Mask - 12

Najua P. Ramlee 60

Syazmi Suhaimi - 64 markah

Amal Fauzee -  90 markah

Rosiah - 68 markah

Syarfa Adriana - 40 markah

Deena - 96 markah

Ash Fasryl  - 36 markah

Marcus - 96 markah

Sahazuan - 48 markah

Ijall Taufiq - 70 markah

Pancit Sitaya - 98 markah

Dem Lepak Boyz - 96 markah

Ajoi Zainal - 62 markah


Pusingan Kedua (Sing Off)

Dem Lepak Boyz - 90 markah

Pancit Sitaya - 52 markah

Idris Brown - 100 markah


ATNMY dihoskan oleh Sherry AlHadad dan bersiaran selama 10 minggu di Astro Ria. Rancangan ini boleh distrim di Astro Go dan On Demand.


sumber : Gempak.com

No comments