Perbaharui Cukai Jalan, Lesen Memandu Sebelum 30 September 2021

Perbaharui Cukai Jalan, Lesen Memandu Sebelum 30 September 2021 | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh, sebelum 30 September 2021. Ini memandangkan tempoh lanjutan pembaharuan bagi LKM dan LMM tidak akan disambung selepas tarikh tersebut.



Para pengguna jalanraya dinasihatkan untuk memastikan cukai jalan dan lesen memandu kenderaan diperbaharui sebelum tarikh akhir kerana pihak JP dan PDRM akan membuat pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan mulai 1 Oktober 2021

Sehubungan ini pemilik kenderaan disarankan untuk membuat urusniaga secara dalam talian menerusi portal mySIKAP atau myEG. Untuk urusniaga yang tidak dapat dilakukan secara dalam talian, orang ramai boleh membuat temujanji secara dalam talian atau panggilan telefon sebelum mengunjungi cawangan JPJ di seluruh negara.

"Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.

"Pelanggan diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter ketika mengunjungi premis kami dan elakkan daripada mengunjungi pejabat pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19," menurut kenyataan itu.

Jabatan itu turut mengesahkan yang POS Malaysia akan menyambung semula operasi urusniaga JPJ di semua 650 cawangannya di seluruh negara mulai 9 Ogos 2021. JPJ akan memastikan bekalan dan stok lesen dan dokumen cukai jalan mencukupi.


“Pihak kami juga akan memastikan bekalan/stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urusniaga pembaharuan LKM dan LMM oleh orang ramai,” sambung JPJ lagi.


Pos Malaysia dalam kenyataan memaklumkan janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai 8 Ogos dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.


Walau bagaimanapun, orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua SOP Covid-19 yang ketat bagi tujuan mengelakkan daripada berlakunya penularan virus ini.memperbaharuinya.

Catat Ulasan

0 Ulasan