Breaking News

22 Atlet Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020

22 Atlet Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020  | Temasya Sukan Paralimpik Tokyo akan bermula  pada 24 Ogos hingga 5 Sept  2021 dan seramai 22 atlet termasuk empat alet wanita akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan itu nanti.



Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata kesemua atlet tersebut akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat.

Dalam kenyataan hari ini, beliau, selaku ketua kontinjen negara ke temasya itu, berkata semua pihak yang terlibat dengan persiapan kontinjen negara sedang memantau semua protokol berhubung prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 menjelang termasya sukan itu


Sebagai rekod, Malaysia mengambil bahagian pada Sukan Paralimpik sejak 1972 dan telah mengumpul 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.


22 Atlet Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 

Olahraga: 

Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin

Berbasikal: 

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal

Renang: 

Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga

Memanah: 

S. Suresh; Wiro Julin

Badminton: 

Cheah Liek Hou; Didin Terasoh

Boccia: 

Chew Wei Lun

Powerlifting: 

Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie

Ping Pong: 

Chee Chaoming

Tenis Kerusi Roda: 

Abu Samah Borhan.


Semoga atlet paralimpik ini mampu menambah bilangan pingat buat negara. 


sumber - Astroawani

No comments