Sinopsis Drama Diva Popular

Sinopsis Drama Diva Popular | Diva Popular mengisahkan pertelingkahan yang tiada kesudahan di antara anak-anak Diva Popular yang menampilkan lakonan Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud, Ben Amir dan ramai lagi. 

Konflik di antara dua diva tanah air, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima pernah mengemparkan industri hiburan pada tahun 90-an sehinggakan kontroversi diangkat menjadi sebuah telefilem bertajuk Pengantin Popular pada 1994. Pengantin Popular seterus menjadi fenomena angkara jalan cerita yang memaparkan kisah sebenar industri seni tempatan di samping lenggok perbualan yang unik sesama mereka turut menjadi ikutan ketika itu.

Selepas 27 tahun, kisah pertelingkahan ini kembali berterusan dengan lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima sebagai teraju utama bersama Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Ben Amir dan Syafiq Kyle untuk menambahkan kehangatan siri tersebut.

Boleh ditonton di Awesome TV di Astro, saluran 123 dan MyTV, saluran 112.



Judul  : DIVA POPULAR | Bil Episod :  21

Tarikh Tayangan : 17 Mei 2021 | Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Siaran TV : Eramatix Awesome TV

Pengarah : Rashid Sibir

Produksi : Rumah Karya Citra


Barisan Pelakon  / Watak 

Tiz Zaqyah sebagai Ika Natelia

Nabila Huda sebagai Erma Erika

Fauziah Ahmad Daud sebagai Lola Kartika

Erma Fatima sebagai Datuk Rona

Kaka Azraff sebagai Wawa

Ben Amir sebagai Shazwan

Iqram Dinzly sebagai Shazzy

Syafiq Kyle sebagai Engku Emran


Sinopsis Drama Diva Popular

Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut. Ika Natelia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan mahu menjadi pelakon terbaik. Malangnya, Ika Natelia jenis tak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Shazwan. Menjadi lebih 'malapetaka' apabila Lola Kartika dan Datuk Rona masuk campur dengan kekecohan melanda anak mereka.



Episod 1

Selesai menandatangani kontrak, Erma Erika dan Primadona Rona Alfonso mengambil gambar bersama Syazwan untuk dimuat naik di media sosial. Tetapi, Syazwan menjadi serba salah kerana dia belum memberitahu hal sebenar pada Ika Natalia yang berangan-angan untuk berganding dengannya dalam drama tersebut.


Episod 2

Ekoran laporan negatif media hiburan terhadap anaknya, Ika Natalia maka Primadona Lola Kartika telah menyerbu pejabat wartawan hiburan. Setelah dia berulang kali mengugut untuk membakar pejabat itu, Ketua Wartawan muncul mententeramkannya.


Episod 3

Ketua Wartawan, Odah menyuruh Didi menulis berita sensasi mengenai persaingan dua orang artis iaitu Ika Natalia dan Erma Erika. Odah pernah diberikan amaran oleh ibu Ika, Primadona Lola Kartika.

Catat Ulasan

0 Ulasan