Hiburan Malam Minggu Bersama Awesome TV - Hotel Transylvania, Kaho Naa Pyar Hai, Musafir Ke?

Hiburan Malam Minggu Bersama Awesome TV - Hotel Transylvania, Kaho Naa Pyar Hai, Musafir Ke?| Saksikan filem Hotel Transylvania, Kaho Naa Pyar Hai dan Musafir Ke? filem yang penuh dengan pelbagai kisah dan aksi yang menarik bakal memenuhi hujung minggu penonton Awesome TV di kaca televisyen. 

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. 

Hotel Transylvania

Hiburan Malam Minggu Bersama Awesome TV 

Hotel Transylvania merupakan media animasi Amerika yang dicipta oleh penulis komedi Todd Durham dan dihasilkan oleh Sony Pictures Animation. Hotel Transylvania menceritakan tentang seorang manusia bernama Jonathan (Andy Samberg), yang secara tidak sengaja memasuki hotel dan terus jatuh cinta pada anak perempuan Dracula (Adam Sandler), Mavis (Selena Gomez), dan akhirnya bercinta dengannya. Tetapi, Dracula berusaha menjauhkan Jonathan dari anak perempuannya.

Waktu tayangan : Sabtu, 8 Mei 2021, 9.00 malam di Awesome TV.


Kaho Naa Pyar Hai

Hiburan Malam Minggu Bersama Awesome TV 


Slot Hindi Special filem Kaho Naa Pyar Hai akan menemui penonton di rumah. Kaho Naa Pyar Hai filem muzikal thriler romantik India yang ditulis dan diarahkan oleh Rakesh Roshan. Filem ini dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Ameesha Patel. Mengisahkan tentang Sonia dan Rohit yang saling mencintai tetapi Rohit dibunuh secara misteri. Selepas kematian Rohit, Sonia berpindah ke New Zealand di mana dia bertemu dengan Raj yang mirip dengan Rohit. Raj kemudian membantunya mengesan pembunuh Rohit. 

Waktu tayangan : Sabtu, 8 Mei 2021, jam 11.05 malam.


Telefilem Musafir Ke?

Hiburan Malam Minggu Bersama Awesome TV 


Telefilem Musafir Ke? Menceritakan kisah seorang suami yang tidak pernah berenggang dengan isteri terpaksa berpisah dengan isterinya apabila perlu menjaga anaknya yang sedang dalam pantang. Paling mengharukan ialah si isteri terkandas di rumah anak akibat lockdown dan keadaan semakin kacau bilau apabila beliau didatangi oleh seseorang yang tidak dikenali pada bulan Ramadan. Lakonan Razak Ahmad, Fadhilah, Sharif Zero dan Sharifah Husna.

Waktu tayangan : 9 Mei 2021, Ahad, 9.00 malam di slot Ohsem Tele


Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.


Instagram  @awesometv.my | Facebook Awesome TV | Tik Tok @awesometv.my | Twitter Awesometv_my | Youtube Awesome TV | Google Play Store AwesomeTV

Catat Ulasan

0 Ulasan