Cara Membuat Temujanji Secara Online Dengan Tabung Haji Dan Borang Transaksi TH Online Dalam Tempoh PKP

Cara Membuat Temujanji Secara Online Dengan Tabung Haji Dan Borang Transaksi TH Online Dalam Tempoh PKP | Bagi membendung penularan wabak akibat Covid-19, semua operasi dan perkhidmatan kaunter Tabung Haji adalah melalui sistem temujanji sahaja dalam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), mulai 25 Mei 2021. 

Waktu janji temu adalah mulai jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang (waktu operasi kaunter terhad) di cawangan-cawangan yang terpilih.



Transaksi melalui platform dalam talian jelas menjadi pilihan pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) apabila hampir 80 peratus dari jumlah keseluruhan transaksi kewangan berlaku dalam talian.


Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Operasi berkata para pendeposit dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan dalam talian disediakan oleh TH iaitu THiJARI. THiJARI merupakan perkhidmatan dalam talian yang dilancarkan pada awal tahun lalu bagi memudahkan para pendeposit untuk melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan TH secara atas talian seperti menyemak akaun, mencetak penyata, pindahan wang, perkhidmatan berkaitan haji termasuk pendaftaran, surat tawaran dan rayuan haji serta turut memaparkan maklumat tentang Kelab TaHa.

“Para Pendeposit juga boleh melakukan transaksi di mesin pengeluaran tunai (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan Perbankan Internet empat rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank,” tambah beliau lagi.


Demi menyokong saranan Kerajaan, TH telah menambah lagi perkhidmatan melalui THiJARI di mana pengguna kini boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui FPX secara dalam talian dan masa nyata (real-time) tanpa perlu hadir ke cawangan TH. Pendeposit juga boleh membuat arahan pindahan simpanan tetap secara bulanan melalui e-Mandate FPX. Pengguna hanya perlu layari laman sesawang www.thijari.com.my atau aplikasi THiJARI untuk menggunakan perkhidmatan baru tersebut dan ia adalah percuma.


Perkhidmatan yang ditawarkan untuk urusan janji temu adalah seperti berikut:

  • Pindahan Telegrafik 
  • Pembatalan Haji 
  • Pindahan Simpanan 
  • Kemaskini Profil Peribadi 
  • Pusaka Hibah/Amanah 
  • Simpanan 
  • Pengeluaran 
  • Virtual Account Opening (VAO) 


Cara membuat temujanji di Pejabat Cawangan Tabung Haji dan cara mengisi borang transaksi bagi mempercepatkan urusan di kaunter nanti.

Layari pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/form/borang-temujanji

Sila isikan borang temu janji dengan lengkap.

  • Nama pendeposit
  • No Telefon
  • Pilih tarikh , waktu dan lokasi -  TIADA JANJI TEMU PADA HARI SABTU
  • Tekan butang Hantar


Peringatan

  • Pastikan anda semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya didaftarkan
  • Sila pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka dan hidung (face mask) serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika berada di ruangan kaunter. 
  • Sila imbas kod Quick Response (QR)  menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis.


Anda boleh rujuk senarai cawangan Tabung Haji yang beroperasi di TH Operasi


Borang Transaksi TH Online - Muat Turun Borang

Untuk urusan lebih cepat dan selamat, anda disarankan memuat turun borang transaksi dan mengisi borang dari rumah dan hadir ke cawangan untuk transaksi yang lebih mudah dan cepat dari mengisi borang di kaunter. 


Borang Simpanan. Maklumat lanjut klik SINI

JP001_Slip Simpanan Wang

JP002_Slip Pengeluaran Wang

JP003_Borang Maklumat Ahli

JP004_Borang Permohonan Pindahan Simpanan

JP005_Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka

JP006_Borang Akaun Waris Pengeluaran Pusaka

JP008_Borang Pertukaran Hak Penjagaan

JP010_Borang Caruman Bulanan Majikan

JP011_Borang Permohonan Penutupan Akaun

JP012_Borang Permohonan Salinan Penyata Akaun Simpanan

JP028_Borang Kebenaran Wakil Permohonan Penyata Mini

JP036_Borang Permohonan Pengesahan Baki

Borang Penamaan


Borang Hibah Amanah TH. Maklumat Lanjut klik SINI

Borang Permohonan Hibah (JP031)

Borang Kemaskini Hibah (JP032)

Borang Pindaan Hibah (JP033)

Borang Pembatalan Hibah (JP034)

Borang Tuntutan Hibah (JP035)


Borang Kelab TaHa & TaHa@U. Maklumat Lanjut klik SINI

Borang Keahlian Kelab TaHa

Borang Keahlian Kelab TaHa@U


Urusan Haji

Rayuan Haji. Maklumat Lanjut klik SINI

Permohonan Kad Tauliah Mengajar atau melanjutkan tempoh Kad Tauliah. Maklumat Lanjut klik SINI



Untuk melihat senarai penuh dari laman web Tabung Haji, sila klik SINI


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut

Telefon : +603-6207 1919(THCC)

E-mel : th-info@lth.gov.my

Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/


Catat Ulasan

0 Ulasan