Tahniah Neelofa Dan PU Riz Selamat Menjadi Pasangan Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Tahniah Neelofa Dan PU Riz Selamat Menjadi Pasangan Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz | Tanggal 13 Syaaban menyaksikan majlis pernikahan  selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 (10 Feb 1989) dan pendakwah muda, Haris Ismail, 26 tahun (lahir 2 May 1995) yang berlangsung semalam dengan keduanya berbusana serba putih bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur

Perkahwinan Neelofa dan Haris yang sangat dinanti-nantikan turut menjadi trending di twitter dan mendapat jolokan ‘wedding Of The Year’ 

Tahniah Neelofa Dan PU Riz Selamat Menjadi Pasangan Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Upacara pernikahan Neelofa yang dinikahkah oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin berlangsung kira-kira jam 11 pagi bertemakan Jabal Rahmah dan para tetamu juga mengenakan pakaian serba putih bersesuaian dengan tema.

Tahniah Neelofa Dan PU Riz Selamat Menjadi Pasangan Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


Sama cantik sama padan
Perbezaan Usia bukan halangan
Pahit dan manis sama-sama bergandingan
Moga kasih yang terikat kekal berpanjangan


Tahniah Neelofa Dan PU Riz Selamat Menjadi Pasangan Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Empat tan bunga segar hiasi pelamin tema ‘Jabal Rahmah’ Neelofa-Haris

Pelamin tema 'Jabal Rahmah ini adalah rekaan Reka Teemor yang dilantik sebagai wedding planner bagi majlis istimewa yang kelihatan sungguh dihiasi empat tan bunga ros putih segar yang dibentuk menjadi seperti gambaran Jabal Rahmah di tanah suci Mekah.

Tiga minggu ‘sorok’ dari paparazi kata pengasas dan pemilik Reka Teemor di ruangan Instagram yang  sedaya upaya  ‘menyorok’ daripada paparazi selama hampir tiga minggu bagi merialisasikan pelamin indah itu.

Pelamin indah berkenaan difahamkan dihiasi dengan 4 tan bunga segar dari beberapa jenis bunga berbeza seperti mawar putih, orked dan baby breath.

Siapa tidak kenal Reka Teemor yang merupakan pereka dan perunding perkahwinan yang kerap menjadi pilihan selebriti tiap kali melangsungkan perkahwinan. Sentuhan magis daripada pasangan suami isteri iaitu Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz sentiasa berjaya mencuri perhatian kerana begitu kreatif dan eksklusif mengikut tema yang diminta oleh pelanggannya.

Tahniah Neelofa Dan PU Riz Selamat Menjadi Pasangan Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Pernikahan Neelofa dan Haris menjadi trending di Twitter dan door gift Lancome dan barangan swarovski buat tetamu turut menjadi perhatian dan ada yang membuat carian harga lagi. Bukanlah sesuatu yang pelik sebabnya Neelofa merupakan duta untuk Lancome dan Swarovski 

Tahniah Neelofa Dan PU Riz Selamat Menjadi Pasangan Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Macam-macam sungguh netizen ni ya sampai ke menu sajian untuk tetamu pun turut menjadi bualan di laman media sosial.


Tahniah sekali lagi dari kami di Medium Kongsi dan diucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Catat Ulasan

0 Ulasan