Breaking News

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda

TV3 kini mengulang tayang drama Pujaan Hati Kanda melalui slot Akasia TV3 bermula 3 Mac 2021 setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam melalui slot Akasia TV3 menggantikan drama Rahimah Tanpa Rahim. Drama ini pernah disiarkan pada tahun 2018 dan merupakan drama adaptasi novel Pujaan Hati Kanda karya Aulia Iman yang diterbitkan pada tahun 2016.


Episod : 28

Tayangan : TV3 (Slot Akasia)

Pengarah : Eoon Shuhaimi

Skrip : Intan Zarina Mohd Yasin

Penerbit : Arisz Ab Rahman

Terbitan : Mache All Star United


Pelakon : Mira Filzah, Remy Ishak, Sarah Hildebrand ,Aydeen Mikael, Azar Azmi, Syazwan Zulkifli, Elisya Sandha dan ramai lagi



OST Drama

Lagu : Pujaan Hati

Penyanyi : Adira


Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda

Drama Pujaan Hati Kanda mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran.

Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy (Aydeen Mikael) sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy itu anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.


Anda juga boleh strim melalui Tonton dan Youtube TV3 Malaysia secara percuma.


No comments