Big Stage 5 Kehilangan Peserta Berbakat Sandra Dianne

Innalillahiwainnaillahirojiun. Salam takziah buat keluarga Sandra Dianne, peserta Big Stage 2020 yang baru berusia 26 tahun dan bakal menyambut hari kelahiran ke 27 pada 16 September 2020 ini.


Big Stage 5 Kehilangan Peserta Berbakat Sandra Dianne


Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selama 6 hari selepas terbabit dalam kemalangan, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, pada 10 September lalu.

Pemergian Sandra, 26, yang juga salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira jam 1.20 pagi.



Pada Sabtu lalu, Allahyarham Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Allahyarhamah Alesandra Diane Ampuria telah selamat dikebumikan pada 11 September 2020 di kampung halamannya, Kampung Kauluan, Tuaran.

Catat Ulasan

0 Ulasan