Drama Bidadari Kiriman Tuhan

Peminat Mira Filzah dan Zul Ariffin! Nantikan drama bersiri 26 episod 'Bidadari Kiriman Tuhan' di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan Mira Filzah dan Zul Ariffin. Drama terbitan Opera Klasik Sdn Bhd, arahan Rashid Sibir. Ditayangkan bermula 25 Ogos 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.




WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai (Cikgu Manis / Manja) | Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof | Adlin Aman Ramlie sebagai Ikram | Ruminah Sidek sebagai Nenek Minah | Zarina Zainuddin sebagai Maria | Maisara Sufia sebagai Suria | Fauziah Nawi |Ruzaidi Abd Rahman


Lagu : Wajah Kekasih OST Bidadari Kiriman Tuhan
Penyanyi : Datuk Seri Siti Nurhaliza


SINOPSIS BIDADARI KIRIMAN TUHAN
Kisah Manis dan kembarnya Manja. Manis seorang guru tadika berusia 25 tahun manakala kembar seirasnya Manja yang agak lembam. 

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis.

Manis bercinta dengan Cikgu Yusuf dan Manja yang mulanya menyukai hubungan kakak dengan guru sekolah rendah tu tergugat bila dia termakan kata-kata Suria yang menyukai Yusuf.

Walau nekad untuk mengikat ikatan hubungan dengan perkahwinan den Yusuf tetapi Yusuf dikejutkan dengan berita pernikahan Manis dan Ikram duda anak satu.

Bagaimana perakhiran kisah Manis dan Yusuf?


Catat Ulasan

0 Ulasan